Citation
Adi Syahid Mohd Ali (2013) Keberkesanan pembelajaran aqidah berasaskan strategi inkuiri terbimbing terhadap saudara baru. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. |
Abstract
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk melihat keberkesanan strategi pembelajaran inkuiri terbimbing (PIT) dan strategi pembelajaran konvensional (PK) di dalam pembelajaran aqidah saudara baru. Kesan strategi pembelajaran dibandingkan berdasarkan pencapaian akademik dan tahap penghayatan pendidikan aqidah. Kajian ini juga mengenalpasti persepsi saudara baru terhadap proses pembelajaran secara inkuiri terbimbing. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kajian eksperimen benar yang berlangsung selama 4 minggu dan melibatkan 49 orang saudara baru dari IDIP, Pengkalan Chepa. Saudara baru tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen menerima pembelajaran secara PIT dan kumpulan kawalan secara PK. Data dikutip menggunakan soalan pra ujian dan pasca ujian untuk mengukur pencapaian akademik. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | UMK Etheses |
---|---|
Collection Type: | Thesis |
Date: | 2013 |
Subject Heading: | Islamic religious education |
Subject Heading: | Islam--Doctrines |
Subject Heading: | Faith (Islam) |
Number of Pages: | 135 |
Call Number: | BP183.3 A35 2013 tes |
Supervisor: | Dr. Noor Hisham Md Nawi |
Programme: | Master of Art |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Language Studies and Human Development |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8730 |
Statistic Details: | View Download Statistic |