Digital Special Collection Portal

Politik pentadbiran di Malaysia:satu kajian kes mengenai kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)


Citation

Iskandar Hasan Tan Abdullah (2013) Politik pentadbiran di Malaysia:satu kajian kes mengenai kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009). Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Model Politik Pentadbiran adalah bidang baru yang dikaji oleh pengkaji di Malaysia. Satu bentuk konsep kepimpinan politik pentadbiran baru dapat dilahirkan melalui model politik pentadbiran. Objektif kajian adalah tertumpu kepada pembinaan model politik pentadbiran dan konsep kepimpinan kajian ini berteraskan kepada konsep kepimpinan politik pentadbiran Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi (Abdullah). Karya ini meneroka penilaian empirik terhadap model kepimpinan politik pentadbiran Abdullah yang berjaya menghalang konflik melalui perbincangan dan rundingan. Kajian ini menggunakan ujian korelasi, analisis faktor dan ujian regresi bagi dapatan kajian kuantitatif. Bagi menentukan model kepimpinan politik pentadbiran Abdullah maka pemboleh ubah gaya kepimpinan, pendekatan politik jentera pentadbiran, dasar politik pentadbiran, pemikiran politik pentadbiran dan perwatakan personaliti beliau digunakan oleh pengkaji. Data primer diperolehi menggunakan soal selidik dan temu bual dengan pengundi dikerusi Parlimen Kepala Batas.Data sekunder dikumpulkan melalui penyelidikan perpustakaan dan dokumentasi data mengenai kepimpinan politik pentadbiran Abdullah.

Download File / URL

[thumbnail of IR-ISKANDAR TAN POLITIK PENTADBIRAN DI MALAYSIA.pdf] Text
IR-ISKANDAR TAN POLITIK PENTADBIRAN DI MALAYSIA.pdf

Download (285kB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Subject Heading: Malaysia - Politics and government
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 16 Feb 2015 03:15
Last Modified: 17 Aug 2022 09:06
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8725
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2