Digital Special Collection Portal

Andaian ketidak-terhadan kehendak manusia dalam ekonomi islam arus perdana: analisis berdasarkan tasawur islam.


Citation

Mohd Zulkifli Muhammad (2017) Andaian ketidak-terhadan kehendak manusia dalam ekonomi islam arus perdana: analisis berdasarkan tasawur islam. Doctoral thesis, Universiti Sains Malaysia.

Abstract

Salah satu andaian dalam ekonomi Islam arus perdana adalah andaian ketidak-terhadan kehendak manusia.Andaian ini berasal daripada falsafah ekonomi lazim yang percaya terhadap andaian bahawa kehendak manusia tidak terhad.Andaian ini didakwa diambil oleh ahli ekonomi Islam arus perdana lalu di olah dengan elemen-elemen Islam agar ia boleh dipanggil andaian dalam ekonomi Islam.Andaian ini juga jarang dikaji oleh sarjana Islam berbanding andaian keterhadan sumber alam.Meskipun andaian ketidak-terhadan kehendak manusia jarang dikaji,namun ia sudah lama dibincangkan oleh sarjana ekonomi Islam namun tidak ada resolusi muktamad andaian yang sesuai dengan tasawur Islam.Akhirnya,perbahasan ini ditinggalkan begitu sahaja.Melihat kepada senario ini,adakah andaian ini masih sesuai untuk diguna pakai dalam ekonomi Islam?Adakah ia selari dengan tasawur
Islam?Sekiranya tidak,bagaimanakah andaian yang sesuai dengan tasawur Islam untuk digunakan dalam ekonomi Islam?Bertitik tolak dari sinilah,penyelidik merasakan amat perlu andaian ketidak-terhadan kehendak manusia dilaksanakan dalam kajian ini.Untuk melihat andaian ketidak-terhadan kehendak manusia yang bersesuaian dengan tasawur Islam ini,tiga objektif kajian diutarakan.Pertama,mengenal pasti wacana tentang nafsu (kehendak) menurut tasawur Islam.Kedua,menganalisis andaian ketidak-terhadan kehendak manusia yang dipakai dalam ekonomi Islam arus perdana berdasarkan tasawur Islam.Ketiga,merumuskan andaian ketidak-terhadan kehendak manusia yang sesuai dalam ekonomi Islam.Ketiga-tiga objektif ini dicapai melalui kajian kualitatif berbentuk penerokaan dan deskriptif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan perbandingan.Analisis yang menggunakan perisian ATLAS.ti versi 7.1.8 dilakukan untuk
mengenal pasti,mengumpul,membuat tema dan menganalisis data-data berkaitan nafsu dan andaian ketidak-terhadan kehendak manusia.Analisis data-data ini membawa kepada empat kesimpulan.Pertama,manusia yang mempunyai iman
lemah akan mempunyai kehendak yang tidak terhad dan sebaliknya.Kedua,semakin baik nafsu dan tinggi peringkat nafsu tersebut,semakin rendah dan sederhana tahap kepenggunaan.Ketiga,Islam menerima keperluan dan kehendak manusia yang berperingkat-peringkat bermula daripada daruriyyat (keperluan asasi) sehinggalah kepada tahsiniyyat (kehendak kemewahan) kecuali penggunaan barangan dan perkhidmatan mewah yang melampaui batas.Keempat,sumber alam yang diciptakan oleh Allah SWT untuk kegunaan manusia amat luas dan tidak terhad,namun ia tidak boleh digunakan dengan melampaui batas.Analisis terhadap penemuan ini telah membawa kepada rumusan bahawa kehendak sering mempengaruhi manusia agar berkehendak dengan cara yang tidak terhad,namun ia bukanlah tidak terhad secara mutlak.Bahkan kehendak boleh dikawal berdasarkan keimanan kepada Allah SWT yang dizahirkan melalui hubungan manusia dengan dirinya sendiri,manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.Rumusan ini memberi implikasi dari sudut pemahaman tentang andaian kehendak manusia dalam ekonomi Islam yang sebenarnya boleh dikawal menurut tasawur Islam.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2017
Number of Pages: 334
Call Number: HD 87 .M64 2017 tes
Supervisor: Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh
Institution: Universiti Sains Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8691
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2