Digital Special Collection Portal

Kerohanian dalam keusahawanan islam : perspektif Al-Ghazali dalam kitab Ihya'"Ulum Al- Din


Citation

Nik Yusri Musa and Nurullah Kurt (2015) Kerohanian dalam keusahawanan islam : perspektif Al-Ghazali dalam kitab Ihya'"Ulum Al- Din. In: Konsep Keusahawanan Sosial Islam : suatu pengenalan. Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bharu, Kelantan, pp. 22-46. ISBN 9789670955049

Abstract

Al-Ghazali (450-505 H), merupakan satu nama yang cukup dikenali dalam bidang kesarjanaan Islam. Beliau dilahirkan di Thuss, sebuah daerah di Khurasan, Persia (Iran). Beliau digelar sebagai Hujjat al-Islam kerana sumbangan besar beliau dalam bidang penulisan. Karya beliau Ihya’ Ulum al-Din antara karya yang diakui dalam dunia kesarjanaan. Secara umumnya Ihya Ulum al-Din membicarakan mengenai peraturan umum Islam sebagai al-Din. Perbincangan mengenai usahawan dan keusahawanan merupakan sebahagian daripada perbincangan yang terdapat dalam al-Ihya. Istilah yang digunapakai dalam al-Ihya yang hampir maksudnya dengan keusahawanan ialah al-tijarah iaitu istilah yang terdapat penggunaannya dalam al-Quran dan al-Sunnah. Al-Ghazali membahaskannya konsep adab dan etika kehidupan yang terangkum didalamnya etika mencari rezeki dan sumber kehidupan secara tafsil dan terperinci berdasarkan kerangka asas Islam. Beliau membicarakan topik yang berkaitan berdasarkan suluhan wahyu dalam kitab Adab al-Kasb wa al-Ma’asy dalam bab yang ketiga dari empat bab dalam perbahasan mengenai adab dan etika kehidupan. Secara umumnya al-Ghazali mengemukakan gagasan pemikiran akhirat dan etika keusahawanan yang berteraskan penyucian rohani sebagai tunjang utama dalam keusahawanan.

Download File / URL

[thumbnail of Kerohanian Dalam Keusahawanan Islam  _ Perspektif Al-Ghazali Dalam Ihya Ulum Al-Din.pdf] Text
Kerohanian Dalam Keusahawanan Islam _ Perspektif Al-Ghazali Dalam Ihya Ulum Al-Din.pdf

Download (490kB)

Additional Metadata

Item Type: Book Section
Collection Type: Institution
Date: 2015
Number of Pages: 26
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8608
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2