Digital Special Collection Portal

Penillaian keberkesanan program memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) sekolah rendah bandar dan luar bandar di Kelantan


Citation

Norizan Ismail and Mohd Sahandri Gani Hamzah (2016) Penillaian keberkesanan program memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) sekolah rendah bandar dan luar bandar di Kelantan. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 4 (1). pp. 85-98. ISSN 2289-4527

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana program Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) sekolah
rendah di Kelantan menepati arahan pekeliling perbendaharaan Bil.2 Tahun 2012. Pekeliling tersebut
mengetengahkan “Bajet Berasaskan Outcome” (OBB) yang mewajibkan setiap program yang dijalankan
membuat penilaian terhadap program tersebut dari aspek keberkesanan, kesesuaian, kecekapan dan
keekonomian. Namun begitu, artikel ini hanya membincangkan aspek keberkesanan program sahaja.
Kajian kuantitatif ini berasaskan tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik rubrik dua lapis (DLR)
dan diedarkan secara rawak kepada guru sekolah rendah bandar dan luar bandar di negeri Kelantan.
Sebanyak 62 buah sekolah dengan 297 orang guru sekolah rendah telah dilibatkan sebagai sampel
kajian. Analisis inferensial ujian-t dilakukan bagi melihat perbezaan antara lokasi sekolah bandar dan
luar bandar. Dapatan kajian telah menunjukkan tahap keberkesanan input di sekolah bandar dan luar
bandar adalah pada tahap sederhana sahaja. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan
keberkesanan input program MBI antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Namun begitu, dapatan
menunjukkan pelaksanaan program MBI di sekolah bandar adalah lebih berkesan berbanding sekolah
di luar bandar dan seterusnya telah memberikan impak yang sederhana terhadap aspek penilaian OBB.
Walau bagaimanapun, dapatan ini akan lebih memberangsangkan, sekiranya hasil dapatan kajian
ini diberi perhatian oleh pihak pembuat dasar khasnya bagi melaksanakan penambahbaikan dalam
merealisasikan kesinambungan program ini pada masa akan datang. Ini adalah kerana program ini akan
diteruskan sehingga 2025 sebagaimana yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan selaras dengan arahan pekeliling perbendaharaan agar perbelanjaan
yang dikeluarkan adalah setimpal dengan hasil yang diperoleh

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2016
Journal or Publication Title: International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT)
ISSN: 2289-4527
Uncontrolled Keywords: Penilaian Program : Memperkukuh : MBI : Rubrik dua lapis (DLR) : Bajet Berasaskan hasil (OBB)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8331
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2