Digital Special Collection Portal

Pemuliharaan hutan dalam kalangan masyarakat Semaq Beri di Negeri Terengganu, Malaysia


Citation

Ramle Abdullah and Asmawi Ibrahim and Mohamad Hafis Amat Simin and Nur Hafizah Ramle and Mohd Sukhairi Mat Rasat (2014) Pemuliharaan hutan dalam kalangan masyarakat Semaq Beri di Negeri Terengganu, Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 10 (3). pp. 113-124. ISSN 2180-2491

Abstract

Suku kaum Semaq Beri di negeri Terengganu adalah antara komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia
yang banyak bergantung kepada hutan untuk memenuhi keperluan makanan dan pendapatan. Kajian ini
dilakukan untuk menyelami pemikiran suku kaum Semaq Beri tentang hutan berasaskan persoalan berikut: (i)
Apakah konsep hutan dari perspektif mereka? (ii) Bagaimanakah sikap mereka untuk memastikan kelestarian
hutan? Data kajian dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, pemerhatian ikut serta dan temu bual
mendalam dengan 20 responden utama yang mewakili suku Semaq Beri di Kg. Sg. Pergam, Kemaman and Kg.
Sg. Berua, Hulu Terengganu. Hasil kajian menunjukkan suku kaum Semaq Beri mempunyai pemikiran yang
tersendiri berkenaan persekitaran hutan dalam kehidupan mereka. Antara lain, kepelbagaian biologi hutan
dipercayai anugerah kuasa ghaib untuk kesenangan dan keharmonian hidup manusia, iaitu membekalkan
keperluan seperti makanan, pendapatan, ubat-ubatan dan sumber lain. Justeru itu hutan rimba sering diibaratkan
sebagai ‘bank’, iaitu sebagai institusi tempat individu menyimpan sumber kekayaan yang boleh dikeluarkan
apabila perlu. Berasaskan persepsi sedemikian juga pendekatan suku kaum Semaq Beri dalam meneroka,
memelihara dan menjaga kelestarian hutan terbentuk supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh generasi masa
kini dan akan datang.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2014
Journal or Publication Title: Malaysian Journal of Society and Space
ISSN: 2180-2491
Uncontrolled Keywords: Hutan - Kepelbagaian biologi - Orang Asli - Pemuliharaan hutan - Kelestarian hutan - Semaq Beri
Faculty/Centre/Office: Faculty of Earth Sciences
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7953
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2