Digital Special Collection Portal

Kaunseling dalam masyarakat Islam: penelitian terhadap Hadis Nabawi


Citation

Musa, Nik Yusri and Ijon, Ruzaini (2018) Kaunseling dalam masyarakat Islam: penelitian terhadap Hadis Nabawi. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 1 (1). pp. 72-85. ISSN 2637-0360

Abstract

Meskipun setiap sarjana memberikan definisi yang berbeza antara satu sama lain, namun pada asasnya mereka bersependapat bahawa kaunseling merupakan suatu proses interaksi yang bermotifkan memberi khidmat bimbingan, pertolongan serta bantuanoleh seseorang yang mempunyai kelayakan tertentu iaitu kaunselor sebagai pembimbing kepada individu yang menghadapi masalah yang disebut sebagai klien. Kaunseling merupakan satu proses interaksi
bersemuka dalam bentuk membimbing, menolong dan membantu antara dua pihak. Bidang kaunseling dan kerja sosial mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kedua-dua bidang ini bermula dan berkembang sebagai satu disiplin ilmu di Barat. Kompetensi pengamal kedua-dua bidang ini juga dipantau oleh badan yang dibentuk. Teori kerja sosial dan kaunseling berkongsi laluan pembangunan yang sama iaitu daripada bidang psikologi dan sosiologi. Selain menjadi satu bidang disiplin ilmu yang tersendiri, kaunseling juga digunakan dalam praktis kerja sosial. Penulisan ini adalah merupakan suatu usaha untuk melihat kaunseling dari aspek hadith Nabawi. Meskipun bidang kaunseling merupakan suatu bidang yang diperkenalkan oleh para
sarjana Barat, namun asas-asas pemikiran kaunseling dapat dilihat dan diteliti melalui beberapa hadith Rasulullah s.a.w. Perbezaan pandangan jagat terhadap sumber ilmu juga merupakan perkara pokok wujudnya perbandingan antara kaunseling yang diamalkan dalam masyarakat Barat dengan kaunseling yang diamalkan dalam masyarakat Islam. Penelitian secara umum dapat dilihat dalam penulisan ini. Penulisan ini merumuskan bahawa Islam bukan hanya
melihat kaunseling sebagai kerjaya semata-mata akan tetapi ia adalah sebagai suatu ibadat yang perlu dilakukan oleh individu-individu yang berkelayakan.

Download File / URL

[thumbnail of Kaunseling Dalam Masyarakat Islam.pdf] Text
Kaunseling Dalam Masyarakat Islam.pdf

Download (775kB)

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2018
Journal or Publication Title: INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities
ISSN: 2637-0360
Uncontrolled Keywords: Kaunseling; Kerja Sosial; Hadis Nabawi; Masyarakat Islam; Psikologi Islam.
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7591
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2