Digital Special Collection Portal

Kefahaman terhadap makna huruf Ya’ dalam sintaksis arab: kajian dalam kalangan pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Singapura


Citation

Muhammad, Azhar and Abidin, Zauwiah (2018) Kefahaman terhadap makna huruf Ya’ dalam sintaksis arab: kajian dalam kalangan pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Singapura. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 1 (2). pp. 72-82. ISSN 2637-0360

Abstract

Huruf yā’ merupakan salah satu huruf hijaiyyah yang mempunyai pelbagai fungsi di dalam sintaksis bahasa Arab. Justeru, kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti kemahiran pelajar dalam membezakan kepelbagaian fungsi huruf yā’ yang terdapat dalam soalan ujian berbentuk objektif. Kajian ini menggunakan metode kualitatif yang dimulai dengan ujian bertulis, temu bual bersama 8 pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dan perbandingan cara pelajar mengenali kepelbagaian fungsi tersebut. Kajian ini telah menggunakan kerangka teori Revisi Taksonomi Bloom bagi mengukur tahap kognitif pelajar pada aras kedua, iaitu aras ‘memahami’. Dapatan kajian ini dapat membantu guru untuk merangka, mempelbagaikan dan menambah baik dalam pengajaran bahasa Arab khususnya bagi subjek sintaksis. Hasil dapatan telah dikenal pasti, bahawa pelajar yang menggunakan kognitifnya pada tahap
kefahaman telah memberikan variasi bentuk elemen untuk menentukan kepelbagaian makna huruf yā’ dalam bahasa Arab.

Download File / URL

[thumbnail of Kefahaman Terhadap Makna Huruf Ya’ Dalam Sintaksis Arab.pdf] Text
Kefahaman Terhadap Makna Huruf Ya’ Dalam Sintaksis Arab.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2018
Journal or Publication Title: INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities
ISSN: 2637-0360
Uncontrolled Keywords: Huruf yā’; Madrasah Alsagoff Al-Arabiah; Revisi Taksonomi Bloom; sintaksis Arab
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7590
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2