Digital Special Collection Portal

Tahap personaliti beragama pengguna tandas masjid


Citation

Mohamad Ghani, Mohamad Izzat and Musa, Nik Yusri (2018) Tahap personaliti beragama pengguna tandas masjid. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 1 (1). pp. 44-54. ISSN 2637-0360

Abstract

Agama merupakan fitrah manusia untuk menghayatinya ke dalam diri manusia sejatinya. Ia mempertemukan dua perkara yang saling berhubung iaitu fitrah dan ajakan untuk mengembangkannya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap personaliti beragama dalam kalangan pengguna tandas masjid yang di bawah pemerintahan dan sistem politik di Kelantan yang terkenal dengan dasar membangun bersama Islam. Data kajian telah
diperolehi dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 353 orang responden iaitu kepada pengguna tandas masjid dalam kategori masjid negeri, bandar, jajahan/daerah dan mukim di Kelantan. Responden kajian terdiri daripada Ahli Jawatankuasa masjid dan pengguna tandas masjid. Data kajian dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Package for the Social Science’ iaitu SPSS versi 20. Penemuan kajian melaporkan bahawa tahap personaliti beragama pengguna tandas masjid adalah berada pada tahap yang sederhana. Pihak kerajaan pusat dan negeri yang merupakan badan berkuasa tertinggi seharusnya memainkan peranan. Pengetahuan dan amalan agama yang komprehensif mampu menjana masyarakat bertindak lebih waras, minda kelas pertama, berfikiran aras tinggi dan rasional dalam menangani cabaran hidup.

Download File / URL

[thumbnail of Tahap Personaliti Beragama Pengguna Tandas Masjid.pdf] Text
Tahap Personaliti Beragama Pengguna Tandas Masjid.pdf

Download (674kB)

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2018
Journal or Publication Title: INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities
ISSN: 2637-0360
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7589
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2