Digital Special Collection Portal

Kaedah pembelajaran sejarah berasaskan lawatan ke muzium


Citation

Abdul Talib, Nur Syazwani and Abdul Ghani, Kamarulzaman and Yusuff, Nur Azuki (2019) Kaedah pembelajaran sejarah berasaskan lawatan ke muzium. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2 (1). pp. 45-57. ISSN 2637-0360

Abstract

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Sejarah. Mempelajari sejarah mempunyai pelbagai kepentingan yang dapat diterapkan dalam diri pelajar. Melalui lawatan ke muzium pemahaman dan minat pelajar
terhadap sejarah akan dapat ditingkatkan. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang merangkumi tiga komponen iaitu demografi responden, tahap sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dan minat pelajar dalam membuat lawatan ke muzium bagi pembelajaran sejarah. Seramai 44 orang pelajar tingkatan Empat daripada aliran sains di salah sebuah sekolah menengah di Sarawak telah dijadikan sampel kajian. Dapatan mendapati tahap sikap
pelajar terhadap sejarah dan minat pelajar dalam membuat lawatan ke muzium adalah sederhana dan tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap sikap pelajar dengan minat pelajar dalam membuat lawatan ke muzium. Justeru, kajian terperinci dan komprehensif perlu dilakukan bagi memastikan semua pelajar mempunyai motivasi yang tinggi dan meminati mata pelajaran Sejarah.

Download File / URL

[thumbnail of Kaedah Pembelajaran Sejarah Berasaskan Lawatan Ke Muzium.pdf] Text
Kaedah Pembelajaran Sejarah Berasaskan Lawatan Ke Muzium.pdf

Download (480kB)

Additional Metadata

Item Type: Non-Indexed Article
Collection Type: Institution
Date: 2019
Journal or Publication Title: INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities
ISSN: 2637-0360
Uncontrolled Keywords: sikap; minat; lawatan ke muzium; pembelajaran; sejarah
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7570
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2