Penggunaan warna di dalam kehidupan manusia begitu meluas.Pendapat dan pandangan mengenai warna juga masih ditafsir dengan pelbagai andaian mengikut fahaman masing-masing.Namun serba sedikit mengenai warna telah ditulis oleh pengkaji di dalam projek penyelidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dan Warisan dalam bidang tekstil dan reka bentuk fesyen di Universiti Malaysia Kelantan(UMK).Beberapa pindaan telah dilakukan untuk tujuan menyiapkan tesis ini.Tumpuan utama pengkaji adalah kajian kesan warna terhadap psikologi manusia.Kajian ini penting kerana dapat mendedahkan masyarakat mengenai warna dalam kehidupan seharian.Melalui kajian ini juga,orang ramai lebih berani mengeksploitasi warna-warna yang ada ke dalam pakaian.Selain itu,kajian ini dapat menambahkan lagi bahan-bahan rujukan berkaitan warna menurut psikologi yang sukar diperolehi secara bercetak.Selain itu juga,melalui kajian ini dapat melihat dari pelbagai sudut pandangan mengenai warna secara psikologi manusia seterusnya memenuhi kekurangan bahan bacaan mengenai warna kepada pelajar pusat pengajian tinggi yang dibawah jurusan seni lukis,teknologi kreatif dan warisan.Secara keseluruhan,kajian mengenai kesan warna terhadap psikologi untuk menguji tahap pengetahuan orang ramai terhadap warna perlu dijalankan supaya kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada generasi akan datang.Sama ada sedar atau tidak,warna menjalankan peranannya dalam kehidupan.Buku ini diharapkan dapat dijadikan sumber rujukan pada masa akan datang.