Perkara yang dikaji adalah berkaitan dengan 'keberkesanan visual dan penambahbaikan dalam pengiklanan (outdoor signage) minyak masak Athlete terhadap pengguna.Kajian dilakukan di sekitar Kota Bharu dan juga kawasan Pengkalan Chepa dengan mengajukan soal selidik kepada pengguna di sekitar Kota Bharu.Iklan ialah satu aktiviti pemasaran sesuatu syarikat.Salah satu bentuk iklan tersebut adalah iklan 'outdoor'.Iklan 'outdoor'adalah iklan pemasangan yang berada di luar seperti di pinggir jalan dan sebagainya.Pengenalan tentang sifat-sifat iklan 'outdoor' sangat membantu dalam membuat perancangan strategi dalam iklan.Dalam hal ini,perlu juga dilihat mengenai penerimaan pengguna dalam merancang pengiklanan luar ini diperlukan ataupun tidak.Kajian ini dilakukan melalui dapatan dan analisis yang dibuat bagi mengetahui sama ada visual yang terdapat dalam iklan dapat menarik minat pengguna ataupun produk yang dipaparkan sememangnya menjadi pilihan pengguna,kajian ini dilakukan melalui soal selidik,jadual dan graf.