Digital Special Collection Portal

Lukisan gua : Kepentingan terhadap penyelidikan arkeologi


Citation

Jamain, Nor Roziman (2010) Lukisan gua : Kepentingan terhadap penyelidikan arkeologi. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW). (Submitted)

Abstract

Penyelidikan arkeologi terutamanya kajian mengenai lukisan dinding gua ( Prehistoric Rock Art) sememangnya salah satu disiplin ilmu yang masih baru di negara kita. Oleh itu pengkaji telah memilih bidang arkeologi tersebut sebagai pilihan tajuk untuk tesis ini. Kajian berkaitan dengan lukisan dinding gua di Malaysia sememangnya masih lagi baru dan kurang di buat penyelidikan. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menetapkan kajian berkaitan dengan lukisan dinding gua ini dari segi pemuliharaannya, maka tersirat, motif, tujuan, dan juga langkah-langkah pemuliharaan.
Kajian ini juga menggunakan kaedah-kaedah kualitatif dimana kajian ini merupakan nilai-nilai data yang dikategorikan sebagai data bukan berangka. Dalam menyiapkan penyelidikan ini, pengkaji mendapatkan maklumat kajian melalui temuramah, kajian teks di perpustakaan yang merangkumi kaedah merekod, internet, rujukan melalui buku-buku dan lawatan ke tapak kajian (Gua Batu Cincin, Gua lembing dan Gua Cha).
Untuk mengelakkan kepupusan dan kemusnahan terhadap lukisan dinding gua sememangnya salah satu daripada tugas yang sukar. Langkah pemuliharaan yang dianggap sesuai perlulah dibuat bagi mengelakkan kepupusan. Selain itu persoalan berkaitan motif dan makna dan juga pentarikhan yang tepat berkaitan dengan lukisan dinding gua ini perlulah dikaji bagi menjamin keunggulan dan kejayaan penyelidikan yang akan datang.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2010
Number of Pages: 121
Supervisor: Dato' Dr. Adi Bin Haji Taha
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6979
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2