Berdasarkan kajian ini, permasalahan kajian mengenai masyarakat zaman sekarang yang tidak berminat dan tidak mengetahui seni warisan Kraf anyaman Melayu Tradisional. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, dapat dilihat masalah yang dihadapi masyarakat zaman sekarang yang tidak berminat dan tidak mengetahui seni warisan Kraf anyaman Melayu Tradisional. Kajian ini adalah untuk menyalurkan informasi atau input cara pembuatan anyaman mengkuang kepada masyarakat pada zaman sekarang yang tidak mahir atau tidak mengetahui tentang nilai-nilai estetika pada seni anyaman mengkuang. Dalam melakukan penyelidikan ini, kajian hanya membataskan kepada beberapa perkara penting yang ingin difokuskan dalam kajian ini iaitu informasi yang ingin disampaikan adalah informasi berkenaan promosi Kraftangan Anyaman mengkuang Melayu Tradisional kepada semua golongan. Selain daripada itu, informasi melalui mempromosi kraf anyaman mengkuang Melayu Tradisional, kajian ini mensasarkan semua golongan terutamanya generasi muda supaya berminat untuk mempelajari seni anyaman dan mengetahui cara-cara proses seni anyaman dan nilai estetika pada seni anyaman mengkuang. Skop kajian yang akan dibuat adalah kawasan lapangan kajian yang tertumpu pada sekitar kawasan pasir putih dan seluruh kawasan di Kelantan. Hal ini kerana kawasan Pasir Putih mempunyai pengusaha anyaman dan seluruh kawasan di Kelantan sebagai pengkaji mencari responden untuk kajian ini. Oleh itu, salah satu inisiatif dalam mengatasi masalah ini telah dibuat, melalui kajian ini pembangunan sebuah reka bentuk promosi yang menarik dan kreatif merupakan alternative dalam menarik minat masyarakat Kelantan. Selain itu, pembangunan promosi yang dijalankan juga perlu di kawasan orang ramai seperti perpustakaan, pusat kraf tangan, pusat pelancongan dan sebagainya. Hal ini dapat membantu dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat Kelantan. Malahan, perlaksanaan promosi ini akan bertambah menarik minat masyarakat untuk belajar dan ingin mengetahui tentang Kraf anyaman mengkuang.