Kajian ini adalah mengenai kajian kepentingan pembungkusan rekabentuk pembungkusan kerepek pisang yang dijalankan di sekitar Kota Bharu,Kelantan.Penyelidikan juga dibuat dengan tujuan menghasilkan rekabentuk pembungkusan kerepek pisang yang lebih menarik memberi kemudahan dan penggunaan elemen-elemen grafik yang berkesan ke atas pembungkusan produk kerepek pisang.Persampelan kajian dijalankan secara peringkat umur.Kajian ini berbentuk deskriptif dan ditafsir secara kuantitatif.Pengkaji mendapat maklumat melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden.Soal selidik adalah berdasarkan soalan tertutup iaitu 'YA' atau 'TIDAK'.Soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama yang melibatkan latar belakang responden.Manakala bahagian kedua penilaian tahap penerimaan pembungkusan produk.Soalan bahagian ketiga pula adalah berdasarkan penilaian tahap material produk yang dicadangkan.Berdasarkan analisis dapatan kajian,faktor kejelasan penambahbaikan rekabentuk pembungkusan berjaya.Seramai 90% responden jelas tentang masalah pembungkusan sedia ada dan perlu pembungkusan yang baharu dan menarik.Dengan adanya kaian ini,pihak pengeluar dapat memainkan peranan masing-masing agar masalah ini dapat dikawal bersama-sama dan pembungkusan produk IKS dapat ke peringkat yang lebih tinggi setanding jenama terkenal.