Kursus projek penyelidikan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan membuka minda pengkaji mengenai proses penyelidiakn yang sebenar.Melalui kursus ini,pengkaji dapat melihat bagaimana konsep-konsep penyelidikan yang dipelajari di universiti boleh dipraktikkan di dalam proses penyelidikan di sesebuah organisasi kelak.Ia juga dapat mengembangkan dan mempertingkatkan kemahiran yang diperlukan oleh pengkaji.Sehubungan dengan itu,kursus ini memainkan peranan sebagai persediaan dan pendedahan awal kepada pengkaji bagi sesuatu penyelidikan suatu hari nanti dalam membuat kajian tentang penyelidikan secara ilmiah dan terbimbing.Melalui kursus ini juga pengkaji telah menjalankan kajian mengenai video dokumentari permainan gasing di Kelantan.Tujuan membangunkan video dokumentari permainan gasing ini adalah untuk dijadikan rujukan kepada masyarakat serta pelajar agar warisan gasing ini tidak akan pupus kesan daripada perubahan dan teknologi masa kini.Oleh itu pengkaji berusaha sedaya upaya dalam mendapatkan informasi tentang gasing yang terdapat di Kelantan.