Perkara yang dikaji adalah berkaitan dengan "pengaruh poster terhadap visual dan karakter dalam permainan video/komputer kepada remaja".Kajian ini dilakukan di kawasan asrama Universiti Malaysia Kelantan di kampung Seneng,Bachok,remaja-remaja di sekolah serta sekitar kampung-kampung dengan memberi borang soal selidik kepada mereka.Poster merupakan satu penampilan seni komunikasi tampak,ianya berfungsi menyampaikan mesej dalam bentuk imej,teks yang mudah,ringkas dan jelas.Gabungan antara teks,ilustrasi yang mudah,jelas dan mudah difahami adalah pengenalan pada ciri-ciri poster.Selain itu poster juga dimaksudkan sebagai pelekat dengan fungsi yang sama untuk menyebarkan maklumat,pengumuman dalam bentuk pengiklanan,kempen dan fungsi-fungsi tertentu untuk berkomunikasi.Dalam hal ini dilihat pengaruh visual dalam poster permainan video terhadap remaja sehingga menyebabkan mereka terpengaruh untuk bermain permainan video yang dipaparkan di dalam poster tersebut.Kajian ini dilakukan melalui dapatan dan analisis yang dibuat bagi mengetahui sama ada visual yang dipamerkan di dalam poster permainan video seperti mimik muka,pakaian ataupun senjata menarik minat remaja untuk bermain permainan tersebut atau sebaliknya.Kajian ini dilakukan melalui soal selidik,jadual dan carta pai.