Kempen kesedaran diabetes melalui media baru adalah suatu usaha yang boleh dilakukan bagi membantu meningkatkan kesedaran terhadap penyakit diabetes khususnya bagi golongan muda di Kelantan ini.Sekiranya langkah ini tidak diambil serius,masalah diabetes bagi golongan muda di Kelantan akan meningkat ekoran daripada pengambilan pemakanan seharian.Menggunakan media baru seperti laman sosial diharapkan dapat mendekati golongan muda kerana media sosial menjadi kegemaran mereka pada masa kini.Dengan adanya kempen tersebut dapat memberi mereka kesedaran agar dapat menjalani kehidupan secara sihat.Kempen kesedaran ini mengandungi billboard,layout majalah,flyers dan beberapa lagi jenis item.Hasil dapatan item ini diperoleh daripada analisis data.Poster juga dihasilkan dalam kempen ini dengan menghasilkan 3 poster yang terdiri dari poster versi lelaki dan versi perempuan.Item-item di dalam kempen ini akan digunakan untuk membantu mempromosikan kempen kesedaran diabetes ini agar ianya terus berkembang ke seluruh negeri Kelantan ini dan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai penyakit diabetes.