Digital Special Collection Portal

Pembangunan cakera padat multimedia interaktif Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan.


Citation

Marwan, Abdul Basher (2011) Pembangunan cakera padat multimedia interaktif Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Penggunaan cakera padat multimedia interaktif dalam mempromosikan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan,Universiti Malaysia Kelantan adalah sangat kurang penggunaannya.Pada masa kini,penggunaan cakera padat multimedia interaktif amatlah penting kepada Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan bagi memperkenalkan fakulti kepada masyarakat luar.Justeru,penggunaan cakera padat multimedia interaktif Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan perlu dibangunkan.Matlamat kajian adalah untuk menghasilkan cakera padat multimedia interaktif bagi mempromosikan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan.Dua objektif yang diharapkan menerusi kajian ini adalah untuk melihat penggunaan multimedia interaktif dalam kalangan masyarakat serta menarik minat orang ramai untuk lebih mengenali dan mengikuti program yang ditawarkan oleh Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan.Justeru,kajian ini direka bentuk berdasarkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif,di mana data-data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah temubual dan kajian dokumen yang diperoleh dari sampel dan di tapak kajian.Berdasarkan penyelidikan model interaktif,data-data kajian telah dianalisis dan dihuraikan secara diskriptif menerusi kaedah pemikiran induktif.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2011
Number of Pages: 81
Supervisor: En.Ahamad Tarmizi Bin Azizan
Programme: Multimedia
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6820
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2