Penggunaan cakera padat multimedia interaktif dalam mempromosikan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan,Universiti Malaysia Kelantan adalah sangat kurang penggunaannya.Pada masa kini,penggunaan cakera padat multimedia interaktif amatlah penting kepada Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan bagi memperkenalkan fakulti kepada masyarakat luar.Justeru,penggunaan cakera padat multimedia interaktif Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan perlu dibangunkan.Matlamat kajian adalah untuk menghasilkan cakera padat multimedia interaktif bagi mempromosikan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan.Dua objektif yang diharapkan menerusi kajian ini adalah untuk melihat penggunaan multimedia interaktif dalam kalangan masyarakat serta menarik minat orang ramai untuk lebih mengenali dan mengikuti program yang ditawarkan oleh Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan.Justeru,kajian ini direka bentuk berdasarkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif,di mana data-data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah temubual dan kajian dokumen yang diperoleh dari sampel dan di tapak kajian.Berdasarkan penyelidikan model interaktif,data-data kajian telah dianalisis dan dihuraikan secara diskriptif menerusi kaedah pemikiran induktif.