Perkembangan teknologi maklumat dari sehari ke sehari semakin berkembang pesat.Begitu juga dengan proses pengajaran dan pembelajaran berkembang dalam arus teknologi maklumat.Dengan itu terhasilah laman web e-pembelajaran yang diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Justeru,satu kajian kes dijalankan dikalangan pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan(FTKW) di Universiti Malaysia Kelantan(UMK).Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penggunaan laman web e-pembelajaran dikalangan pelajar tersebut.Tiga objektif yang diharapkan menerusi kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penggunaan laman web dikalangan pelajar FTKW di UMK dalam proses pembelajaran,mengenalpasi bentuk laman web e-pembelajaran yang sesuai kepada pelajar FTKW di UMK,membangunkan sebuah prototaip laman web e-pembelajaran bagi pelajar FTKW di UMK.Justeru,kajian ini direka bentuk berdasarkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif,di mana data-data dikumpulkan menerusi lapan instrumen dengan menggunakan kaedah pemerhatian,temu bual dan kajian dokumen yang diperoleh dari sampel dan di tapak kajian.Berdasarkan penyelidikan model interaktif,data-data kajian telah dianalisis dan dihuraikan secara deskriptif menerusi kaedah pemikiran induktif.