Digital Special Collection Portal

Pembangunan compact disc multimedia interaktif tempat-tempat pelancongan di Kota Bharu.


Citation

Nurul Hidayah, Azmi (2011) Pembangunan compact disc multimedia interaktif tempat-tempat pelancongan di Kota Bharu. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW). (Submitted)

Abstract

Perkembangan yang pantas dalam teknologi maklumat akan mengubah struktur industri di seluruh dunia.CD multimedia interaktif telah menjadi evolusi baru dalam dunia media dan teknologi di seluruh dunia.Kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis berkenaan CD multimedia interaktif sebagai media alternatif penyebaran maklumat dalam industri pelancongan.Kajian ini telah memfokuskan kepada tiga aspek penting iaitu potensi CD multimedia interaktif dalam industri pelancongan,isu dan masalah pelaksanaan CD multimedia interaktif serta analisis pandangan pelawat CD multimedia interaktif dalam industri pelancongan.Kajian ini telah dijalankan di sekitar Kota Bharu dengan sampel kajian merangkumi sepuluh orang responden mewakili pelancongan Malaysia(Kelantan),seorang responden mewakili pelancongan negeri dan enam orang responden mewakili pelancong.Di dalam kajian ini,kaedah kualitatif telah digunakan.Pungutan data dan maklumat bagi kajian ini dilakukan melalui pendekatan temubual tidak berstruktur.Data-data temubual dan pandangan pelawat CD multimedia interaktif dianalisis secara manual iaitu dalam bentuk perihalan tema-tema dan aspek-aspek yang dikehendaki.Hasil kajian telah menunjukkan bahawa fungsi awal CD multimedia interaktif adalah untuk menyebarkan maklumat berdasarkan pengalaman individu.Walau bagaimanapun CD multimedia interaktif amat berpotensi sebagai media untuk menyebarkan maklumat dalam industri pelancongan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2011
Number of Pages: 52
Supervisor: Ahamad Tarmizi Bin Azizan
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian.
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6816
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2