Medium instruksi menggunakan video semakin popular dalam kalangan pengguna media sosial ketika ini yang kebanyakannya yang cenderung untuk bersikap antisosial.Dalam kajian ini,sebuah persembahan multimedia motion graphic bertajuk "Balance" telah dibangunkan dan diuji sebagai medium instruksi menggunakan platform media sosial kepada sekumpulan belia dalam lingkungan umur 15 tahun hingga 27 tahun.Pembangunan motion graphic ini adalah menggunakan model pembangunan animasi 2D.Elemen piktograf telah digunakan untuk menyampaikan mesej secara simbolik dan global telah dimasukkan sebagai daya penarik motion graphic ini.Video motion graphic ini telah dimuat naik ke laman hosting video untuk ditonton oleh pengguna internet yang telah diminta untuk mengisi soal selidik secara atas talian.Dari soal selidik yang dijalankan ke atas 219 orang belia yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 27 tahun,didapati 91% responden telah bersetuju dengan penyataan bahawa motion graphic ini menarik dan 91% responden juga telah bersetuju dengan penyataan motion graphic ini sesuai untuk dijadikan medium untuk menyampaikan mesej.Oleh yang demikian,penyelidik telah menyimpulkan bahawa elemen piktograf berjaya menjadikan motion graphic "Balance" lebih menarik dan motion graphic ini dapat diterima sebagai medium instruksi untuk menyampaikan mesej kesedaran mengenai sikap antisosial dalam generasi Z dan generasi A.