Kajian ini dilakukan kerana masyarakat kurang terdedah dengan penyampaian maklumat mengenai atap singhora melalui medium motion graphic.Kajian ini menggunakan pendekatan penyampaian maklumat melalui motion graphic bagi memberikan maklumat yang jelas melalui kaedah video.Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan holistic iaitu melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu kaedah soal selidik,pemerhatian,kajian perpustakaan dan temu bual.Pembangunan motion graphic ini menggunakan konsep contemporary iaitu gabungan tradisional dan moden sesuai dengan perubahan semasa.Kajian ini lebih tertumpu kepada golongan dewasa merupakan golongan yang masih belajar dan konsep yang digunakan amat sesuai.Warna yang digunakan untuk pembangunan motion graphic ini adalah warna gabungan warna harmoni yang pelbagai warna yang menarik minat audien untuk melihat.Icon yang digunakan begitu ringkas dan menggunakan text untuk mudah difahami.Kesemua perkataan menggunakan typografi jenis HelveticaNeueLT yang bersifat senang dibaca.Segala icon,bentuk dan text menghasilkan pergerakan yang berbeza yang mempunyai kesinambungan diantara setiap scene.Secara keseluruhannya,motion graphic yang dibangunkan untuk memudahkan penonton melihat tayangan yang mampu menarik minat penonton untuk melihat.Diharapkan pembangunan motion graphic dalam pengenalan atap singhora ini dapat dijadikan bahan rujukan untuk memperoleh maklumat tentang atap singhora justeru menambahkan lagi medium penyampaian maklumat tentang atap singhora.