Kajian ini adalah kajian mengenai Kempen Mengenai Tanda-Tanda Awal Wabak Demam Denggi Melalui Media Baru.Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan endermik di beberapa buah negara seperti Afrika,Amerika Syarikat,Mediterranean Timur,Asia Tenggara dan Pasifik Barat (WHO 2002).Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes betina.Di Malaysia,penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang masih merupakan satu masalah kesihatan awam,.Sejak lima tahun yang lalu,Bilangan kes demam denggi yang dilaporkan di negara ini telah menunjukkan peningkatan iaitu daripada 4,718 kes pada tahun 1999 kepada 15,442 kes pada tahun 2003.Kadar insiden pula meningkat daripada 20.7/100,000 penduduk pada tahun 1999 kepada 61.6/100,000 penduduk pada tahun 2003 (KKM 2003).Dalam perbincangan masalah ini akan mencetuskan tujuan dan persoalan kajian untuk menghasilkan sebuah kempen yang menarik dan dapat menyampaikan mesej dengan cara yang berkesan.Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti kempen yang sesuai dan menarik di samping dapat mempengaruhi dan menayampaikan mesej dengan berkesan kepada golongan masyarakat yang tertentu.Dengan adanya kempen yang lebih agresif,dilihat mampu melonjakkan kesedaran masyarakat pada tahap memberangsangkan dengan penggunaan kempen melalui media baru.