Kajian ini adalah bertujuan untuk menaiktaraf penggunaan cenderahati bunga telur dan merevolusikan penggunaannya agar seiring dengan arus perubahan terkini dengan mengekalkan pemberian cenderahati bunga telur agar tidak hilang dek zaman.Memberi gambaran penggunaan cenderahati bunga telur mengikut arus perkembangan yang lebih ke arah era-berkonseptual yang menekankan penggunaan rekaan yang lebih kreatif,lain dari yang lain,praktikal,rekaan yang unik dan mampu berkomunikasi visual.Penghasilan rekaan dapat memberi ilham kepada pereka untuk menghasilkan rekaan bekas cenderahati yang berbaloi kepada pemilik dan pengguna supaya melepasi bajet perkahwinan dan dengan menghasilkan rekaan yang cantik,unik,kreatif tetapi murah iaitu seperti penggunaan cenderahati berbentuk kertas atau kotak yang mempunyai visual dan bentuk yang pasti menarik.