Tesis ini mengkaji tentang struktur persembahan menora dari awal hingga akhir.Kajian ini juga termasuklah kostum persembahan menora,alat-alat muzik dan pentas.Setiap seni persembahan ada mula dan juga akhir.Struktur persembahan menora ini perlu dikaji kerana segala kerja pemuliharaan dilakukan mengikut strukturnya.Kajian ini dilakukan dengan beberapa kaedah iaitu kaedah temubual,kaedah rujukan buku,kaedah rujukan internet dan kaedah menonton persembahan menora secara langsung.Dapatan tesis ini dianalisiskan melalui keempat-empat kaedah tersebut.Dapatan kajian ini terdiri daripada struktur persembahan menora dari awal hingga akhir,jalan cerita,gerak tari,kostum dan alat-alat muzik.Kajian ini dijalankan dengan efektif kerana dapatan kajian ini menyokong hipotesis.