Kediaman yang selesa merupakan idaman setiap individu dan keluarga.Masalah mula timbul apabila ada dikalangan keluarga yang tidak mampu mendapatkan rumah yang bersesuaian dengan bilangan ahli keluarga disebabkan oleh kekangan ekonomi dan sebagainya.Seperti yang diketahui umum,harga kediaman serta hartanah semakin tinggi saban tahun.Ini menyukarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan rumah yang bersesuaian dengan bilangan ahli keluarga.Sebagai langkah bagi mengoptimumkan penggunaan ruang,perabot jimat ruang mampu memberi satu kelainan kepada pemilik rumah terutamanya yang mendiami kediaman yang agak sempit.Perabot yang terlalu besar dan banyak membataskan pergerakan sekaligus mengurangkan keselesaan.