Pakaian santai atau "resort wear"pada asalnya dipasarkan untuk golongan atasan oleh kerana jenis fabrik yang digunakan seoperti chiffon dan crepe merupakan jenis fabrik yang mahal.Selain itu,fabrik tersebut juga berkualiti dan selesa untuk dipakai.Hal ini demikian kerana,fabriknya yang lembut dan sangat selesa apabila dipakai menjadi pilihan untuk golongan atasan.Namun,produk ini tetap menggunakan material-material tersebut pada harga mampu milik.Pemilihan motif hidupan akuatik iaitu "peacock mantis shrimp".Peacock mantis shrimp merupakan salah satu makhluk yang paling menawan di laut.Badan keras yang dipenuhi warna-warna terang seperti merah,hijau,oren dan biru.Warna-warnanya yang eksotik dan harmoni menambahkan lagi keceriaan pada pemakai.Di samping tekstura-tekstura yang diinspirasikan daripada peacok mantis shrimp diilhamkan dalam rekaan ini dengan menggunakan lace dan beads.Walaubagaimananpun,lace dan beads juga digunakan untuk menampakkan penampilan yang eksklusif dan elegan.Pakaian santai ini sesuai untuk golongan dewasa yang berumur 18 hingga 30 tahun yang mahu tampak bergaya dan elegan serta eksklusif.