Kajian ini bertujuan untuk mengkaji rekabentuk kerusi rehat yang terdapat di kebanyakan pejabat.Kajian ini dibuat berdasarkan kurangnya kerusi rehat disediakan untuk pekerja bagi mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi.Kerusi rehat ini direka untuk mengurangkan tekanan fizikal mahupun mental pekerja yang terpaksa menghadap kerja yang banyak dalam tempoh yang lama.Kebanyakan pekerja akan mengalami sakit dibahagian pinggang,leher dan kaki sewaktu bekerja.Oleh itu,kerusi yang direka ini adalah untu mengatasi situasi tesebut.Rekabentuk kerusi tersebut diambil daripada bentuk tulang belakang manusia bagi mengikuti posture tubuh badan manusia yang berbentuk "S".Dengan adanya kerusi rehat ini akan dapat mengekalkan reputasi pekerja dimana pekerja boleh menggunakan kerusi tersebut apabila berasa tertekan sama ada tekanan fizikal mahupun mental untuk meneruskan rutin harian kerja.Segala rekabentuk kerusi ini diperoleh daripada kajian-kajian serta rujukan-rujukan dari sumber yang sahih.Hal ini dapat meyakinkan bahawa kerusi rehat juga memainkan peranan penting dalam membantu tubuh badan sihat dan dapat mengelakkan daripada stress yang berlarutan.