Penyelidikan yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan penghasilan Kepuk Pusara melalui videografik.Kepuk Pusara merupakan sesuatu yang penting kepada masyarakat Melayu dan Islam.Kepuk Pusara merupakan sesebuah penanda bagi menandakan sesebuah kubur.Hal yang demikian kerana Kepuk Pusara ini mempunyai nilai-nilai yang murni patut kita ketahui.Kewujudan warisan ini juga melambangkan budaya dan tradisi sesuatu tempat.Ramai yang sudah tahu kewujudan Kepuk Pusara ini.Namun begitu masih ada yang belum mengetahui cara penghasilan Kepuk Pusara.Oleh itu,bagi menyampaikan informasi ini ke tahap yang lebih tinggi,videografik akan digunakan sebagai medium penyampaian dan ini akan memberi maklumat tentang penghasilan Kepuk Pusara.Teori minimalism juga digunakan sebagai cara pergerakan grafik didalam videografik : Kepuk Pusara ini.Hal ini kerana,videografik mampu menarik minat audiens memandangkan ianya melibatkan gabungan elemen-elemen reka bentuk yang terdiri daripada video,animasi,grafik,audio,teks dan video.Kesemua elemen ini akan digabungkan untuk membentuk sebuah animasi infografik yang lengkap yang mana ini disokong oleh instrumen muzik sebagai muzik latar.