Digital Special Collection Portal

"iBooks Rukun Iman" Pendidikan Kanak-Kanak Prasekolah.


Citation

Mardhiah, Mohd Puad (2015) "iBooks Rukun Iman" Pendidikan Kanak-Kanak Prasekolah. Undergraduate Final Project Report thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted)

Abstract

Pembelajaran menggunakan medium mudah alih (mobile learning) mampu memberikan impak positif dalam meningkatkan amalan dan pengajaran.Namun di Malaysia,penggunaan platform
pembelajaran mobil seperti e-book,i-books dan cd interaktif dalam pendidikan Islam prasekolah adalah amat minimum.Oleh itu,kajian kualitatif pembangunan dan penerimaan teknologi ini telah dijalankan di sebuah sekolah di pantai timur semenanjung Malaysia melibatkan 2 orang guru dan 4 orang pelajar.Produk buku interaktif iBooks terhadap subjek prasekolah pendidikan Islam Rukun Iman telah dipilih dan dibangunkan untuk platform iOS sebagai alat bantu mengajar guru dan bahan pembelajaran untuk pelajar.iBooks bertajuk 'Rukun Iman Pendidikan Kanak-Kanak Prasekolah' telah dipilih dan dibangunkan dengan menggabungkan elemen grafik dan antaramuka pengguna sesuai dengan kanak-kanak prasekolah.Hasil pemerhatian,responden guru mendapati sangat bersetuju menggunakan iBooks sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.Responden pelajar juga mendapati dengan penerapan elemen-elemen multimedia,pelajar mudah menerima pelajaran baru dengan lebih cepat.Kesimpulannya,iBooks Pendidikan Rukun Iman amat penting dalam pembelajaran masa kini.Kewujudan aplikasi iBooks seiring dengan kemajuan globalisasi mendekatkan pelajar dan pendidikan dalam menuntut ilmu.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2015
Number of Pages: 78
Supervisor: Mohammad Syukran Bin Kamal Ruzzaman
Programme: Multimedia
Institution: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6727
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2