Digital Special Collection Portal

Kajian tentang kempen kebersihan melalui penekanan mesej islam dalam lingkungan kawasan pasar di negeri Kelantan


Citation

Mohamad Nazri Mohamad Liwon (2015) Kajian tentang kempen kebersihan melalui penekanan mesej islam dalam lingkungan kawasan pasar di negeri Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Isu kebersihan amat signifikan dengan komuniti Kelantan.Pasar menjadi salah satu tempat utama berlakunya lambakan sampah sarap.Dengan teras kerajaan negeri Kelantan iaitu "Membangun Bersama Islam",ianya dilihat amat tidak selari dengan hasrat tersebut.Maka,kajian yang tertumpu pada lingkungan kawasan pasar di negeri Kelantan ini yang mengambil Pasar Besar Siti Khadijah sebagai fokus kajian bertujuan membantu memberi kaedah kesedaran yang sangat berkesan khususnya dalam konteks visualisasi dalam kalangan peniaga di kawasan pasar supaya lebih peka terhadap kepentingan menitikberatkan kebersihan sebagai salah satu aspek yang sangat penting untuk diambil perhatian.Bagi menyokong keberkesanan kempen,pengkaji mengambil pendekatan penekanan mesej Islam dalam olahan medium visual yang dihasilkan agar ianya terus sampai kepada perhatian audien.Kelantan yang majoriti besarnya menganuti agama Islam yanag mana seruan menjaga kebersihan adalah menggambarkan sebahagian daripada iman.Pengkaji mengambil inisiatif membangunkan produk kempen yang bersesuaian hasil maklum balas responden.Tiga produk penting yang dihasilkan adalah logo,poster asas kempen dan montaj kempen berdurasi 15 saat.Konsep yang diterapkan dalam rekaan pula adalah gabungan imej dan tipografi memandangkan ianya mampu memberi impak yang tinggi kepada audien.Tambahan moto "Pasar Bersih Hidup Sejahtera" serta penggunaan dalil asas menjadi tonggak asas kekuatan mesej yang ingin diketengahkan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2015
Number of Pages: 81
Supervisor: Mohd Firdaus Bin Mohd Herrow
Programme: Rekabentuk Komunikasi Visual
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6725
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2