Karnival seni budaya Kelantan bertujuan untuk mempromosikan seni budaya Kelantan kepada masyarakat,terutamanya generasi muda di Malaysia dan pelancong luar negara.Karnival ini juga penting supaya seni budaya itu hidup dan tidak pupus.Pengiklanan adalah penting untuk membantu menguasai pasaran yang disasarkan dan untuk orang ramai sedari tentang sesuatu acara yang akan berlaku.Jika tidak,acara itu akan kekurangan kehadiran dan mungkin tidak mendapat sambutan yang diharapkan.Kajian ini akan mengkaji kelemahan banner Karnival Seni Budaya 2014,teknik-teknik,prinsip dan elemen reka bentuk dan mengenai seni budaya Kelantan.Hasil kajian akan membantu proses penghasilan produk akhir yang baik dengan mengambil pertimbangan semua aspek reka bentuk,termasuk psikologi dan teknologi.Sementara itu,temu bual separa berstruktur mendapati bahawa karnival ini hanya menggunakan banner dan flyer sebagai media pengiklanan.Kekurangan media pengiklanan akan menghalang promosi yang berkesan untuk karnival ini.Dengan pengeluaran produk akhir, ia akan membantu menarik pelancong luar negara dan pelancong dari negeri-negeri lain.Secara tidak langsung ini akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pengangkutan,infrastruktur dan penginapan,sejajar dengan matlamat Tahun Melawat Malaysia.