Fesyen remaja berkembang dengan pantas mengikut peredaran zaman.Fesyen juga mengikut keadaan sosial,politik dan kebudayaan sesuatu tempat.Keadaan sosial dari segi fesyen ialah cara kita berpakaian ketika berada dalam golongan masyarakat.Fesyen remaja terdiri daripada fesyen solekan,beg,kasut dan sebagainya.Dalam berfesyen,remaja masa kini lebih selesa dengan pakaian yang santai tetapi selesa kerana senang bergerak oleh kerana remaja lebih aktif.Untuk menghasilkan pakaian remaja perlu menitikberatkan dalam pemilihan warna serta corak pada pakaian remaja kerana akan memberi kesan persepsi visual pada si pemakai.Kesan persepsi visual dapat dilihat dari deria penglihatan.Persepsi visual merupakan topik utama dalam persepsi secara umum,sekaligus persepsi yang biasanya paling sering dibincangkan.Warna yang remaja lebih selesa ialah warna-warna ceria dan kontras seperti merah,biru dan kuning.