Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis(atau manisan/penganan).Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor.Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit.Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya.Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi.Kajian ini melihat kepada permasalahan kajian elemen grafik pembungkusan merupakan salah satu aspek asas penelitian oleh pengguna ke arah proses pembelian sesuatu produk.Menurut Kotler(1997)di dalam penulisannya "Marketing Management,International Edition" telah menyatakan pengguna dengan spontan akan mula tertarik atau tidak tertarik terhadap sesuatu produk ketika di peringkat pertama proses pembelian produk.Objektif kajian ini mengenai mengkaji konsep yang sesuai bagi pembungkusan dodol pada masa kini,mengenalpasti elemen grafik yang sesuai bagi pembungkusan dodol dan menghasilkan prototaip rekabentuk pembungkusan dodol.Dalam kajian ini,penyelidik telah meneliti dan mmembuat kajian mengenai kajian lepas yang dilakukan oleh penyelidik yang sebelum ini mengenai pembungkusan dodol.Analisis data dihuraikan dengan lebih jelas melalui kaedah kajian yang dilakukan oleh penyelidik iaitu data primer dan sekunder.Pembangunan produk oleh penyelidik adalah pembungkusan dodol.Seterusnya cadangan kepada pihak berkepentingan dan cadangan kajian lanjutan untuk penyelidik akan datang serta kesimpulan mengenai kajian yang dilakukan oleh penyelidik.