Rumah Gadang Minangkabau yang terkenal dengan struktur atapnya sangat dikenali di seluruh dunia.Rumah yang terletak di Sumatera Barat ini juga terkenal dengan unsur-unsur lain seperti ukiran yang diilhamkan daripada alam semulajadi yang mempunyai makna-makna filosofis yang tersirat.Sebagai satu pembaharuan ke atas ukiran tersebut,cantik sekiranya elemen tradisi ini turut diterapkan pada pakaian resort yang digayakan dengan aksesori bersesuaian.Produk ini akan menjadi satu revolusi dan implimentasi baru untuk diserapkan dalam dunia peragaan fesyen.Selain daripada itu,keunikan ukiran mampu menarik minat pelancong asing ketika bersantai di pantai.Justeru itu,pakaiaan ini akan menjadi salah satu daya penarik buat resort tersebut.Budaya Melayu yang ada di Malaysia juga dapat diperkenalkan,lantas menjulang budaya Malaysia tercinta ke mata dunia.