Kajian ini dijalankan bagi memperolehi rekaan pembungkusan produk nasi tumpang disamping infografik yang akan diletakkan pada pembungkusan.Makanan tradisional negeri Kelantan iaitu nasi tumpang harus diketengahkan agar tidak terus dilupakan oleh masyarakat.Di samping rekaan pembungkusan yang baru mampu memberi pendedahan,pengetahuan kepada masyarakat tentang kewujudan nasi tumpang di negeri Cik Siti Wan Kembang.Melalui beberapa fasa yang dijalankan,elemen bentuk,warna dan ciri-ciri grafik yang paling digemari,satu rekaan baru telah diperkenalkan iaitu pembungkusan nasi tumpang disamping infografik yang turut diletakkan pada pembungkusan.Dengan adanya infografik,dilihat mampu menyampaikan dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan nasi tumpang di negeri Kelantan.