Penjenamaan sangat penting dalam sesuatu produk makanan.Penjenamaan akan membentuk satu identiti,hak cipta dan satu produk yang dikenali oleh pengguna.Satu penjenamaan diperkenalkan bagi produk makanan ringan rempeyek.Penjenamaan ini merangkumi pelbagai perubahan terutama dari segi logo,pembungkusan,bentuk,jenama,tulisan,warna dan ilustrasi.Dengan wujudnya penjenamaan ini,pembungkusan rempeyek Mariah akan menjadi wajah atau muka baru yang berkonsepkan pemodenan.Selain itu,penjenamaan akan memberi satu identiti baru dan juga hak cipta kepada pengusaha produk tersebut.Maklumat penjenamaan produk ini adalah untuk menyelesaikan masalah persaingan dan kualiti produk makanan rempeyek Mariah serta memberi keuntungan kepada pengusaha dari segi pengeluaran produk.Oleh itu,jelaslah bahawa penjenamaan merupakan satu komponen penting dalam produk makanan terutama industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menjadi salah satu produk yang terkenal.