Media pendidikan bercetak merupakan saluran komunikasi yang utama dalam pendidikan kesihatan awam.Namun,kajian tempatan yang menilai penerimaan media pendidikan bercetak masih terhad di Malaysia.Kemajuan yang pesat membawa kepada tenaga kerja global yang kompetitif yang memerlukan setiap pihak bersaing melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan kepada tahap yang paling professional yang mampu dicapai.Kajian ini saya jalankan secara daya usaha untuk menggalakkan lagi tabiat makan yang sihat melalui pembangunan produk dalam dua peringkat.Peringkat pertama merupakan tinjauan keperluan iaitu tinjauan terhadap media pendidikan bercetak sedia ada seperti banting,poster,banner buku dan sebagainya bagi memudahkan proses kaedah kajian dijalankan.Peringkat seterusnya kajian proses pembangunan reka bentuk baru yang memfokuskan kepada pembangunan grafik ilustrasi gambar yang boleh dibayangkan dan difahami sebagai pendekatan terbaik untuk menyampaikan mesej kepada sasaran.Kajian bertujuan mengelak kanak-kanak daripada memiliki masalah berat badan yang berlebihan sekaligus mereka tidak membesar menjadi individu dewasa obes sebaliknya melahirkan individu yang sihat dan berketerampilan.Seacara peribadi saya sebagai pelajar tahun akhir Grafik Komunikasi Visual,Universiti Malaysia Kelantan berharap dapat menyumbangkan kemahiran dan pengetahuan saya dalam Projek Tahun Akhir ini pada masa hadapan sekaligus memupuk kesedaran pelajar untuk mengambil tahu tentang kepentingan pemakanan sihat dalam kehidupan.