Digital Special Collection Portal

Kempen pemakanan sihat berilustrasi untuk mempromosi dan menggalakkan tabiat pemakanan sihat dalam kalangan murid sekolah.


Citation

Siti Noramiril, Anuar (2015) Kempen pemakanan sihat berilustrasi untuk mempromosi dan menggalakkan tabiat pemakanan sihat dalam kalangan murid sekolah. Undergraduate Final Project Report thesis, FTKW. (Submitted)

Abstract

Media pendidikan bercetak merupakan saluran komunikasi yang utama dalam pendidikan kesihatan awam.Namun,kajian tempatan yang menilai penerimaan media pendidikan bercetak masih terhad di Malaysia.Kemajuan yang pesat membawa kepada tenaga kerja global yang kompetitif yang memerlukan setiap pihak bersaing melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan kepada tahap yang paling profesional yang mampu dicapai.Kajian ini saya jalankan secara daya usaha untuk menggalakkan lagi tabiat makan yang sihat melalui pembangunan produk dalam rekabentuk saluran penyampaian yang baru untuk murid sekolah.Kajian ini melibatkan dua peringkat.Peringkat pertama merupakan tinjauan keperluan iaitu tinjauan terhadap media pendidikan bercetak sedia ada seperti banting,poster,banner buku dan sebagainya bagi memudahkan proses kaedah kajian dijalankan.Peringkat seterusnya kajian proses pembangunan reka bentuk baru yang memfokuskan kepada pembangunan grafik ilustrasi gambar yang boleh dibayangkan dan difahami sebagai pendekatan terbaik untuk menyampaikan mesej kepada sasaran kajian bertujuan mengelak kanak-kanak daripada memiliki masalah berat badan ysng berlebihan sekaligus mereka tidak membesar menjadi individu dewasa obes sebaliknya melahirkan individu yang sihat dan berketrampilan.Secara peribadi saya sebagai pelajar tahun akhir Grafik Komunikasi Visual,Universiti Malaysia Kelantan berharap dapat menyumbangkan kemahiran dan pengetahuan saya dalam Projek Tahun Akhir ini pada masa hadapan sekaligus memupuk kesedaran pelajar untuk mengambil tahu tentang kepentingan pemakanan sihat dalam kehidupan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2015
Number of Pages: 76
Supervisor: Nuzul Haqimi Muhammad
Programme: Grafik Komunikasi Visual
Institution: FTKW
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6696
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2