Kesan-kesan negatif mangsa keracunan makanan terhadap kesihatan bukan sahaja melibatkan individu tersebut tetapi melibatkan ramai pihak.Untuk menentang masalah ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan kempen Jom Basuh Tangan dengan menggunakan teori ketakutan dan kaedah ludologi untuk kanak-kanak sekolah rendah.Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mudah lupa untuk pergi membasuh tangan sebelum makan walaupun telah banyak kempen dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Oleh itu,kempen yang seterusnya akan memfokuskan kempen Jom Basuh Tangan berkonsepkan permainan.Menurut kaedah psikologi,kanak-kanak lebih menyukai permainan berbanding media cetak,digital atau demonstrasi.Konsep yang diambil melibatkan permainan emosi kanak-kanak tersebut tentang bahaya bakteria kepada mereka.Konsep permainan mengenai kempen Jom Basuh Tangan dalam kajian ini agar kanak-kanak akan pergi membasuh tangan sebelum mereka makan.