Kempen kesedaran pencemaran udara melalui media pengiklanan ini adalah satu usaha yang dilakukan bagi mengatasi masalah isu pencemaran udara yang berlaku di sekitar Bachok,Kelantan.Masalah pencemaran udara kebanyakan berpunca daripada aktiviti manusia dan juga pembangunan industri.Oleh itu,kempen kesedaran pencemaran udara ini dilakukan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap isu pencemaran udara yang berlaku di sekitar mereka.Antara jenis pengiklanan yang digunakan ialah poster,brosur,papan iklan,surat khabar,kulit majalah,baju,motion grafik,button badge dan pen.Pelbagai medium digunakan dalam kempen pencemaran udara ini untuk memudahkan cara untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.