Kelestarian perabot merupakan perabot yang dibina dengan menggunakan bahan semulajadi dimana bahan tersebut boleh dikitar semula,diperbaharui,dan menggunakan bahan yang selamat.Penggunaan serat pisang dalam kajian ini amat berguna kerana akan menegaskan definisi pembangunan mapan iaitu 'bentuk pembangunan yang memenuhi kehendak generasi kini tanpa memusnahkan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka'.Penggunaan serat ini akan mengurangkan penebangaan hutan dan seterusnya memanfaatkan bahan buangan dan sekaligus menstabilkan alam sekitar.Rekaan ini akan menerapkan kelestarian perabot rumah dalam elemen rekabentuk meja kopi dengan menggunakan 'sustainable material' dalam penggunaan perabot rumah pada masa kini.Rekaan meja kopi ini diispirasikan daripada batang pisang serta menggunakan pelbagai bahan terhadap rekaan berkenaan bagi menampakkan rekaan yang kontemporari.