Cili ialah sayuran buah yang kedua popular ditanam di Malaysia.Terdapat permintaan yang berterusan bagi cili segar di pasaran tempatan dan eksport.Menurut Jabatan Pertanian Malaysia,tidak ramai dikalangan petani dinegara ini yang berminat untuk menanam tanaman cili api secara komersil disebabkan beberapa faktor seperti mudah diserang musuh dan penyakit.Ini menyebabkan negara masih mengimport beratus metrik tan cili api Siam dari Thailand setiap tahun.Walaupun harga cili api di ladang boleh mencecah antara RM8.00 hingga RM12.00 sekilogram.Hal ini kerana kerja mengutip hasil cili api agak rumit dan tiada sebarang alat yang dapat membantu mempercepatkan proses dalam memetik hasil cili api.Dengan inovasi alat pemetik cili,kerja-kerja mengutip atau menuai bertambah mudah dan dapat dilakukan dengan lebih pantas serta boleh menarik minat petani untuk mengusahakan tanaman ini secara skala besar.