Kajian ini merupakan satu kajian tentang dokumentari Masjid Kampung Laut.Kajian ini dijalankan bagi menyampaikan informasi tentang sejarah Masjid Kampung Laut kepada masyarakat umum dan pengkaji khususnya.Objektif utama pengkaji memilih tajuk ini adalah untuk membangunkan dokementari tentang Masjid Kampung Laut.Didalam kajian projek penyelidikan ini,pengkaji telah menggunakan kaedah metodologi kualitatif dan kuantitatif.Kaedah pemerhatian,temubual dan soal selidik telah menjayakan pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang diingini.Disamping itu,kajian ini mengambil masa yang lama untuk pengkaji menganalisis maklumat yang diperolehi.Hasil daripada kajian yang dijalankan,analisis data menunjukkan sebanyak 79.6% masyarakat di sekitar Kelantan masih tidak tahu tentang sejarah masjid tersebut.Sebagai langkah mengatasi,pengkaji telah memilih medium buku,poster dan video montaj untuk menarik minat pelancong dan masyarakat untuk mengetahui sejarah masjid tersebut.Medium yang digunakan adalah lebih mudah untuk difahami dan dibaca agar maklumat yang ingin disampaikan akan terus sampai kepada audien.