Santai.Relax.Simple.Itulah yang menggambarkan rekaan pakaian santai yang berunsurkan rama-rama.Inspirasi warna harmoni pada rama-rama dalam rekaan pakaian santai dapat memberikan keyakinan ketika digayakan.Rekaan ini sesuai digayakan dalam pelbagai aktiviti sepeti outdoor dan tiada had masa untuk digayakan.Rekaan pakaian santai ini berfokuskan kepada golongan dewasa yang berumur 25 tahun hingga 30 tahun ke atas.Pakaian santai kelihatan lebih ceria dengan penggunaan warna harmoni pada rekaan pakaian tersebut saat digayakan.Warna harmoni yang digunakan adalah kuning,hijau,biru,hitam dan ungu.Pemakaian aksesori sebagai pelengkap terhadap sesuatu rekaan supaya tampak lebih sempurna.Motif rama-rama dipilih sebagai reka corak kerana warna yang terdapat pada rama-rama kelihatan harmoni dapat memberikan suasana yang ceria serta dapat mempengaruhi audiens.Motif rama-rama dipilih kerana rama-rama mempunyai karakter bebas,berani dan elegant chic yang sesuai dikenakan dengan pakaian santai.Teknik yang digunakan adalah teknik batik yang menggunakan fabrik kain satin.Penggunaan fabrik yang sesuai penting kerana dapat memberikan keselesaan dan memberi kesan kepda rekaan pakaian tersebut.Kesimpulannya,warna harmoni pada rama-rama mampu memberi idea-idea menarik serta karakter boleh dibina melaui warna-warna yang dipilih.