Motif garisan kuda belang dipilih kerana kuda belang mempunyai garisan yang menarik iaitu garisan tebal dan nipis.Garisan kuda belang mampu memberi keseimbangan pada pakaian,ruang,pergerakan dan garisan kontur pada sesuatu rekaan pakaian.Garisan pada kuda belang lebih bersifat garisan organik dan bebas.Rekaan pakaian yang bertemakan "Pakaian Produktif Untuk Remaja" yang mengetengahkan konsep kasual ini sangat sesuai bagi sesiapa yang lasak,bekerja keras dan cerdas sekaligus dapat menampilkan kelainan dan keterampilan menerusi penampilannya ditempat kerja.Siluet yang direka untuk golongan remaja ini adalah siluet "A LINE".Dengan gabungan warna-warna yang ceria seperti warna kuning,biru dan hitam,pakaian ini akan tampak santai buat remaja yang aktif.Warna-warna seperti ini melambangkan keberanian,keyakinan,tenaga dan semangat.Fabrik yang digunakan pula bersifat tahan lasak seperti cotton sponge rayon dan jeans.Rekaan pakaian ini menggunakan teknik printing.