Kubu kebal British ataupun dikenali sebagai Pillboxes merupakan salah satu tinggalan sejarah British di Malaysia sewaktu Perang Dunia II.Kajian ini bagi memperkenalkan kubu kebal British dakam bentuk infographic signage,poster dan web.Kajian ini lebih tertumpu di Kampung Kuala Rekang,Bachok,Kelantan sahaja kerana strukturnya masih kukuh dan berdekatan dengan kawasan pelancongan tetapi masih lagi terbiar berbanding di daerah-daerah lain.Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam kajian ini,dapatan maklumat dan data yang berkaitan dengan sejarah kubu kebal British melalui beberapa proses secara berperingkat yang telah ditetapkan dalam perjalanan kajian.Dan di akhir kajian,pengkaji dapat menghasilkan sebuah bentuk penyampaian maklumat dan pengetahuan mengenai sejarah kubu kebal British ini dengan lebih ringkas dan mudah difahami audiens.