Rekaan dihasilkan berdasarkan motif serta struktur tubuh serangga iaitu belalang,kajian terhadap serangga ini bertujuan untuk membantu sedikit sebanyak dalam konteks kesihatan penduduk di Malaysia berdasarkan statistik kadar obesiti negara yang membimbangkan.Pakaian sporty untuk masyarakat aktif menjadi tajuk utama kepada kajian ini,sporty membawa maksud aktiviti sukan atau terlibat dalam acara sukan dan ianya sangat sesuai untuk individu yang aktif.Belalang pula digunakan sebagai subjek utama kerana sifat yang terdapat pada serangga tersebut itu sendiri,ia mempunyai kepantasan serta boleh menjadi sumber protein utama kepada manusia.Rekaan sporty yang telah dihasilkan juga berkonsepkan armory dimana ia membawa maksud ganas atau kuat,ia sangat sesuai kepada individu yang menginginkan kehidupan yang sihat.Rekaan ini menggunakan fabrik cotton drill,lycra serta pvc leather yang menggunakan teknik tampal hias.Warna pula di ambil daripada warna yang sinonim dengan belalang iaitu rona hijau.